Nampaknya aktres dan juga pelakon, Haliza Misbun tetap mahu memilih Ari Wibowo sebagai hero filem terbarunya. Dia sanggup ke Jakarta semata-mata mahu memujuk Ari untuk berlakon dengannya dalam filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami. Filem arahan Din CJ itu akan memulakan penggambarannya pada 11 Ogos ini di Kuala Lumpur dan Ari membawakan watak Dr. Ryan Diprojo.
Dengarnya Ari juga begitu seronok dapat berkerjasama lagi dengan Haliza yang sempat bertemu dengan keluarga Ari di sana. Tak percaya, tengok betapa mesranya Haliza dengan anak sulung Ari, Kenzo yang comel dan montel itu.
Dikhabarkan juga selain Ari, Haliza juga menjemput adik iparnya, Awie dan Erra Fazira untuk berlakon bersama. Awie bakal membawakan watak Putera Aziz Al-Biruni manakala Erra Fazira yang muncul sebagai undangan khas menggalas watak Markonah, pembancuh teh yang kecoh dan gila berniaga.








Panjang nya title filem tu..klau si Erra setakat pelakon undangan nk lah dia tp klau utk diganding kan dgn si Awie tu rasa tk mungkin kot.Walaupun masing2 dah punya klrga sendiri perasaan malu2 sipu mesti ada punya & mana bleh lupa bab dua org ni kan pernah bertunang..pape pun semoga filem kak Haliza ni menjadi lah ya.Pd Ari,memang cute btl baby dia nie & mana tk cute mute tengok lah bpk nya berdarah mcmana.
sy rasa bangga kak Haliza Misbun dpt satu kan pelakon2 popular..personal n keje x perlu di campur aduk..so kira professinal lah pd diorg maksud sy awie n erra fazira coz boleh bekerjasama dlm keje..
congratulation...
hehe,yelh2 agaknyer admin dorng ni ada pape...
ari ni duda ker???x bape tau sngt lh artis luar ni...
~horlick~
si haliza ni mmg tak abes2 gilakan ari dr dolu lagi. bangga nah bila media kt sini heboh gosipkan dorg bedua.. padahal si ari ni dah lama kawen ngan artis indon gak. haih.. sudah2 la haliza misbun oii.
haliza mmg fanatik ari sjk dlu hgga kini. ari mmg kacak orgnya tgk lah bibirnya yum yummm
-suka tgk lelaki ensem-
Aliza memang giler kan c Ari
biasa lah tu
jangankan haliza, aku pun tertawan gak!!kwang3x
- suka gler tgk lelaki ensem -

komen lucah, kotor, singkat akan di REJECT! kak Yan berhati2!