-->

Maya Karin di Majalah Nur

Hari Jumaat yang indah ni, lebih molek kalau kita lihat gambar-gambar yang indah sahaja. Jadi tak da lah upload gambar seksi-seksa pulak kan. Hehe. Seperti gambar cover Majalah Nur yang lama dah ni, Maya Karin bertudung dengan fanalis program realiti, Azila. Memang kedua-duanya cukup cantik dan menawan bertudung. Lebih-lebih lagi pelakon Ombak Rindu tu. Nampak hitam manis pun ada.

Dato' Siti Nurhaliza tersilap nyanyi...

Semalam ada Dato' Siti Nurhaliza dijemput ke MHI (Malaysia Hari Ini) bersama-sama kumpulan Rabbani bersempena konsert Maulud Nabi di Terengganu nanti. Yang ini tak perlu kupas panjang, memang ramai yang akang datang nanti. Dalam MHI semalam, Dato' Siti ada buat nyayian nasyid pada permulaan rancangan (video). Namun ada kesilapan sedikit teknikal ketika nyayian itu dilakukan. Namun Dato' Siti tetap mantain control ayu dan senyuman gitu ketika kesilapan itu berlaku. Kalau korang rajin tengok lah sampai habis video panjang ni.

Zed Zaidi bakal menimang anak kembar

Zed Zaidi yang bernikah dengan Natalia Mustafa pada bulan April 2011 yang lalu, kini dikhabarkan yang Natalia Mustafa telah hamil dan kemungkinan menantikan saat-saat melahirkan bayi berkenaan. Yang paling mengejutkan adalah, Zed kemungkinan menimang cahaya mata kembar yang dinyatakannya sendiri melalui laman sosial Facebook semalam. Kalau kembar syukurlah, meriah rumah nanti. Hehe

Fesyen tudung pengacara, Teh Syuhaida

Dipetik daripada ruangan Cari, pengacara Teh Syuhaida yang juga pengacara WHI yang sudah sedia maklum memakai tudung sebelum ini telah pon diketahui umum. Namun ini bukan persoalan utama, sebab selama mana Teh Syuhaida memakai tudung dalam bidang pengacaraan, dia menggunakan tudung yang biasa sahaja, namun kali ini, sudah ada pihak yang tampil untuk men'sponser'kan tudung kepada Teh Syuhaida. Tudung Hana Tajima la, yang sekarang terkenal dah tu. Jom layans.

klik untuk besarkan

Gambar Hamil Isteri Harith Iskander

Harith Iskandar yang berkahwin pada Jun 2010 yang lalu dengan serang doktor dan model sambilan, Jezamine Lim kini dikhabarkan akan menimang anak sulung mereka tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan sesi photoshoot pasangan berkenaan baru-baru ni. Saat ini Jezamine Lim hamil untuk beberapa hari/minggu lagi sebelum bersalin. Sesi ini adalah saat-saat buat kenangan untuk si anak satu masa nanti. (pusat kena sensor oleh admin, xbleh tengok, hehe)

gambar sammy khoo photografie

Gambar anak ke-2 Serina, Isabella Saffiya O'Luanaigh

Isabella Saffiya O'Luanaigh yang lahir pada 23 Januari lalu merupakan anak yang cukup comel dan begitu sihat. Ayahnya sendiri sempat mendukung anak itu selepas Serina selamat bersalin. Gavin yang sentiasa menemani Serina merupakan suami yang begitu menyayangi isterinya, yalah siapa tak sayang bini oi. Harap-harap Gavin ada mengazankan Isabella ketika itu, kalau tak pun bisikkan sahaja nama/kalimah Allah. :)

gambar portal Murai

Siti Nurhaliza sesi fotoshoot dengan Rabbani

Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah nanti, disifatkan cukup istimewa kerana gabungan diantara Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani. Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. -Via

Kemesraan Noh Hujan, Mizz Nina di ranjang

Dah 6 bulan berlalu perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina ni. Namun belum lagi ada perkhabaran yang Mizz Nina hamil/mengandung anak sulung mereka. Mungkin terlalu busy dengan kerjaya artis antarabangsa kot. Tak pe la, ada rezeki nanti kongsikan kepada kami juga ah, kami mahu tahu berita gembira ini, mesti comel tu bayi nanti. Hubungan suami isteri mereka masih lagi terjalin dengan teguh, ini dibuktikan dengan sesi photoshot yang diadakan baru-baru ini, sangat mesra begitu lor, apatah lagi di ranjang.

gambar portal Murai